08 Disember 2011

oPsss!

assalamualaikum..

lama tak update blog...

bukan malas...

tapi tak berapa nak RAJIN!

-FINE-

Hari quit buzy...Pn Bos ajak gi pejabat tanah kat Machang..katannya..

"nati boleh jumpa adik Amin..."

Hamboi...hamboi..-senyum malu-malu..

tapi...buat aku tak boleh lupa...aku bleh tersalah orang..serius aku MALU!


Pagi tadi masa sampai opis...ada seorang mamat ni baik punya parking die punya kuda sebelah kuda aku...agak-agak HENSEM la...

masa nak turun opis..tengok motor dia ada lagi..tetiba aku bleh senyum plak...

kenapa eh?!..

pastu aku ada tertengok seorang mamat nie duk lepak kat tangga..tengok dari sisi macam SEPUPU aku...dan dengan penuh keyakinan tak bertepi..aku selamba yaya tegur..

"tunggu sapa..?"

sekali dia buat muka pelik..terkejut agaknya..

aku pun buat reaksi sama...tapi cover je...nasib baik die tak berapa nak dengar apa patah perkataan aku tegur..

"tak pe la..." BALAS aku dan dengan langkah selaju mungkin aku blah dari situ...MALU SIOTTT!!rupanya mamat yang park kudanya sebelah aku pagi tadi..empunya kuda LC

(Balik keje..)

haish..mamat ni ada lagi...tapi aku wat muka selamba jer...pastu dia tengok aku terkial-kial nak keluarkan kuda aku..pastu die dengan GENTLEMAN..

"tak boleh eh..jup saya alihkan kuda saya.."

"maaflah..menyusahkan je.." aku sempat cover je..malu tadi tak hilang lagi

"tak ada la.."-gaya seorang gentlemen(konon)

-rupenya mamat tu pekerja baru 7E..patut la aku tak pernah nampak...

macamana nak berhadapan dengan dia ahad nanti eh..wat macam kenal je la kan..

=)

--out--




16 November 2011

cerita yang semalam..

Bismillahirahmannirrahim..

Assalamualaikum...salam kesejukkan di musim hujan..senyum dan sambil berkata-kata..

“hujan..rintikmu kedamaian jiwa..walau hati resah beribu cerita...”

Hidup ini satu perjalanan rahsia..langkah..selangkah..dan terus melangkah..

Ada yang menoleh ke kiri dan ke kanan dan... senyum

Ada yang mesra menyapa teman sebelah melangkah..

Ada yang memandang terus ke depan tanpa mempedulikan dikiri dan disebelah..

Mungkin tujuannya hanya satu..menuju kedepan..

siapa jatuh disebelah..

siapa menyapa di seberang..

siapa tersenyum di sisi jalan..

siapa mengharapkan teguran di belakang..

arghh..semua tak dipeduli..

satu anggapan ..itu hanya gangguan untuk menuju satu tujuan..

itulah manusia yang terlalus fokus katanya..

tapi bagi aku..itu hanyalah manusia hanya mementingkan diri sendiri!!

Bagi aku..kejayaan ..kebahagiaan biarlah di iringin senyuman mereka2 di sisi jalan..mereka-mereka yang berterima kasih yang pernah ditegur di belakang..dan biarlah sapaan ramah di seberang jalan..kerana itu adalah sesuatu yang manis dan lagi bermakna.

Hidup ini kalau terlalu pentingkan diri sendiri insyaallah tidak akan bahagia...

Itu bukan satu sumpahan tapi ia adalah kenyataan.


mood: teringin nak sambung belajar...tapi..hurmmm...

08 Oktober 2011

hagrhhh! dia muncul lagi...

wahidd...isnani...salasaa...

bismillahirahmanirrahim..

Malam ini dia yang telah kamu padam dalam diari hidup muncul kembali..walaupun datangnya dengan irama yang berbeza..tapi dihati kamu menerimanya dengan hati terbuka seolah-olah tiada apa yang berlaku. Kamu dan die bagaikan seorang sahabat yang sudah lama tidak bertemu. Masing-masing menanyakan khabar diri. Terharunya kamu..bila die tidak lupa no telefon kamu walaupun die sudah banyak kali bertukar no telefon..Ternyata..dia tidak pernah padam kamu dari hidupnya..tapi kamuuuuuu...

kamu telah memadam semua yang berkaitan dengan dirinya...kenangan bersamanya yang tercoret disekeping kertas dengan ragus kamu bakar menjadi abu...!

kamu memang sengaja bukan..segala yang tertulis bisa kamu padamkan..tetapi memori dihati dan ingatan..mana mungkin bukan..??tapi memang itu cara kamu untuk memulihkan rasa kecewa bukan....itulah cara untuk kamu bangkit kembali..itulah cara kamu untuk melupakan seseorang bukan..tak lain tak bukan..itulah kamu.

kamu tercipta kasih dengannya dari mata turun kehati..arghh..sudah terlalu biasa kamu begitu..lantaran itu apa yang berlaku antara kamu dan die tidak terserap kedalam sanubari waima jiwa terdalam. Tersangatlah berbeza cara kamu mencipta kasih berlandaskan dari hati ke mata.Kesannya cukup terzahir...jiwa kamu cukup tercalar kerana itulah rasa rahsia hati kamu terhadap dia,kerana ianya wujud dari rasa ikhlas dan tulus.

kamu masih tertunggu apa agenda kemunculannya..tapi ternyata kamu telah bersedia..tiada pisang akan berbuah untuk kali kedua..tetapkanlah fikiran dan hati positif..hadirnya sekadar merapatkan tali persahabatan setelah masing-masing mencari haluan hidup tersendiri.tekadkan rasa..moga tiada lagi rasa dulu..kerana kamu dan dia kini telah berbeza!


**susah bercinta dengan orang hensem dan digilai ramai perempuan..nak-nak kalu diri kita tak seberapa..tapi..dalam tak seberapa kita mungkin ada sedikit dalam diri kita buat dia tidak lupa kita. Meskipun kita tak memiliki dia..sekurang-kurangnya kehadiran kita dalam hidup dia seketika dulu agak bermakna..:)**

"memang... tak ada lelaki setampan kamu..tapi yang LEBIH tampan BANYAK!" hahaha..=p

salam malam..=)

05 Oktober 2011

Hati mesti 'KERAS'

SATU...DUA..TIGA..

bismillahirahmannirrahimm..


kadang cuaca yang panas boleh mendung dengan tiba-tiba..kekadang cuaca yang disangka baik hujan bisa turun dengan lebat tanpa isyarat yang nyata. Begitu juga dengan kehidupan ini..kita tak selamanya di kaki bahagia..tak selamanya ditapak rasa kecewa...dan tak selamanya digenggam rasa terluka kerana..setiap manusia di dunia telah ditulis jalan ceritanya masing-masing dan setiap baik elok skrip telah dilakar oleh-NYA.

kadang kita alpa dikala bahagia menyelubungi dan melupakan rasa sakit dan rasa kecewa seketika dulu..kadang kita hanyut dan lemas dalam kecewa.. kerana kita terlupa kita pernah rasa bahagia walaupun sedetik cuma..percaya!setiap berlaku ada hikmahnya..bersangka baiklah kepada-NYA!

Berterima kasihlah kepada mereka yang pernah membahagiakanmu...
berterima kasihlah kepada mereka yang telah melukakan hatimu..
Berterima kasihlah kepada mereka yang setia berada disisimu..

perit...pedih...terkilan..kecewa..satu paduan rasa yang jitu yang menyerap ke dasar hatimu itu..dan disitu kamu dapat menilai seteguh mana hatimu!apakah dapat menanggung semua rasa itu??pada permulaan mungkin rasa terlalu hebat..bagaikan dahan pohon kelapa menghempap dada..kalau kau rasa menangis itu dapat melepaskan rasa hentakan pohon kelapa itu..lepaskanlah..menangis bukan bermakna kamu lemah..sekurang-kurangnya, kurangkanlah rasa hentakkan itu,jangan diseksa hati yang satu itu!!

Menangis bukan bererti kamu tewas..kerana kekuatan hati lebih jitu selepas kamu menangis...Kebangkitan kekuatan hati tiba tatkala kamu lepaskan saat kamu menangis..tak perlulah menangis keterlaluan..cukuplah sekadar melepaskan rasa..keraskan hatimu..berceritalah..mengadulah..mintalah padaNYA..kerana semua rasa yang kau rasa..semua dariNYA.

~jangan sesekali memberi harapan kepada orang lain..seandainya kamu menyandarkan harapanmu pada orang lain~

Disini kekuatanku*


"ALLAH mengujiku dengan setiap ujian yang aku mampu tempuhi...."

salam malam.

[disebalik tabir:]

Awalnya 'ia' sekadar retak..berganti bulan 'ia' mula terluka dan sakit...sakit terus disakiti dan akhirnya 'ia' hancur berkecai!sadis!

cuba merenung 'ia'..

"maafkan aku..aku biarkan sekali lagi..maafkan aku..."

~terima kasih kerana memulangkan 'ia' dalam keadaan begini..walaupun semasa 'ia' diambil elok rupanya...........~

29 September 2011

bila aku mula berbicara...

Berbicara pada bulan...bintang..

Bulan nun jauh disana..tersenyum indah disaat gelap malam

Aku disini hanya mampu mendongak mengagumi ciptaan-NYA..

Oh indahnye...

Bulan..bulan.. bisa kau menjadi teman bicaraku malam ni??

Bulan...bulan..sudikah mendengar cerita dari aku yang tak seberapa ini??

Bulan..bulan...kau tahu apa yang aku rasa sekarang??

Bulan..bulan..(mengeluh)

Kau masih kaku disana..walapun air suci jatuh dari kelopak mata..

Kau masih tersenyum seolah tiada satu menyentuh hatimu..

Tak mengapa..terima kasih kerana sudi mendengar..

(berlalu pergi...)

Bintang..kau megah bercahaya di langgit tinggi itu..

Aku disini hanya mampu tersenyum..menghayati keindahan sang pencipta..

Alhamdulillah..masih mampu melihat ciptaanya..

Bintang..bintang..sudikah menjadi teman bicaraku malam ini??

Bintang..bintang..bisa kau mendengar ceritera dari aku yang tak seberapa ini??

Bintang..bintang..nak tahu tak apa yang aku rasa sekarang ini??

Bintang..bintang..(mengeluh)

Kau tetap memancarkan gemerlapan cahayamu tanpa menghiraukan aku..

Walaupun hatiku menangis?..

Tak mengapa..terima kasih kerana tetap disitu...teruslah menyenari semesta..

(berlalu pergi...)

Mungkin matahari yang bersinar esok hari mampu memberikan sinar yang mula kelam dalam hidupku..mungkin berpihak padaku..sirna cahayanya mampu menghangatkan rasa hati yang dulu berseri indah walaupun kadang kemarau perit.tapi sekurang-kurangnya ada pernah rasa bahagia walau pun sedikit..

Aku harus menanti hari esok yang terlalu misteri..tiada siapa tahu..apakah berlaku pada keesokkan hari..hanya tangan memanjat doa semoga DIA sentiasa memberikan aku kekuatan hati agar aku dapat meniti hari ESOK dengan lebih REDHA dan IKHLAS..kerana aku tahu ,DIA lebih tahu akan segalanya kerana die yang berhak keatas aku.

Salam malam.

20 September 2011

Sekali kene SEKOLAHKAN balik!

“ku tahu kau mahu ada di hati..untuk di dampingi..untuk disayangi...”

Kalau hati itu sebuah mesin manual dimana boleh di ubah dalam sesaat..sesungguhnya hati itu tidak lagi ISTIMEWA.

Oh men!apa yang aku merepek nie..apa kaitan dengan hati..apa kaitan dengan tajuk..macam biasa,aku memang gagal dalam menetapkan tajuk spesifik bagi setiap karutan a.k.a entri dalam blog ni.Tapi apa nak kisah..dalam ini tiada skema markah/skema bahasa yang perlu aku patuhi!gosh!

Aku ni bukan pencinta bahasa sangat..tapi tak adalah perosak bahasa yang dikehendaki. Tapi tu la...tu la..aku taip ikut sedap tekak je..ala bukan PM nak baca pun blog picisan merapu macam aku nie..tapi..tapi..aku tak pernah taip ikut sedap kepala lutut ok..dalam blog aku di haramkan MAKI-MAKIAN melampau..perkataan yang tidak di benarkan keudara di media massa juga tak pernah aku guna ok!bukan nak tunjuk bagus...tapi tak salah kalau nak jadi bagus..sape yang tak nak jadi bagus tu..memang jenis tak bagus..=.= ~tak ada kaitan langsung dengan tajuk!

~Bermula sebuah kisah~

Waktu kejadian...

Bab-bab alam sekolah ni dah lama aku tinggallkan..nak kata berabad tu..belum cecah lagi la..sebab baru 5 tahun lepas rasenya aku meninggalkan jejak kat sekolah menengah. Rasanya agak cukup aku di ‘sekolahkan’ di sekolah..yelakan dari sekolah rendah sampai upper six..tapi sekarang ada juga yang rajin nak sekolahkan aku lagi..tak apa..terima je!! [tangan di dada..mata pandang atas]

Beberapa hari kemudian..

Tengok!..kan dah kene SEKOLAHKAN balik..nasib baik tak kene AZANkan balik je..aku ade hati juga sebab aku tak nak ikut dialog KL GANGSTER.. sebab ayat tu pedas sangat..kang kau nangis plak!wowowo..Boboy mana boleh nangis..!wahwahwahwah...

Kesimpulan:

Aku tak kisah orang yang nak sekolahkan aku balik,tapi agak-agak la..kenal pun tak !laju je nak sekolahkan aku.Setakat kenal sehari..belum tentu kau tahu semua perangai aku..baik buruk aku. Ayat berlori-lori..kalau bagi 10 minit..7 saat je bagi aku pertahankan diri,tapi jangan ingat orang diam orang suka apa yang kau bebelkan,aku bukan hidup sehari dua kat dunia nie..bukan tak ada mak bapak..bukan tak ada adik beradik..bukan tak ada sahabat handai..bukan tak ade pakwe[dulu]..=P

Untuk INGATAN diri sendiri sebenarnya..yelakan,kalau makan ada adab..bagi aku berkawan pun mesti ada adabnya. Hormati dan kenali dahulu kawan yang baru kita kenali tu dahulu..bukan manusia itu sama..mungkin kawan yang kita sebelum ini berperangainya lain dan mungkin kawan yang kita baru kenal ini prinsip dan sikapnya jauh dari apa yang kita gambarkan.

Yang penting..jangan sesekali awal perkenalan kau dah berani SEKOLAHKAN kan dia..peace!NO war..=)

07 September 2011

jangan di sangka air tenang tiada arus mengila tanpa tuju

jangan si duga wajahnya yang kaku jiwanya juga beku..

jangan dinilai diamnya tanda setuju..

jangan di hitung manisnya wajah..hatinya sesuci salju

jangan..dan janganlah..membidik tak tentu kalu..

pe-pe Pun..LEKKKK LUUU!!


dosa itu aku tahu..
kadang aku naik hantu
gelodak rasa tak menentu
lantasku luah semahu-mahu
mungkin die terluka aku tak tahu
tapi egoku tetap no SATU
maafkan aku wahai kamu.
bukan hasad mahupun cemburu
tapi tak rela diperlekehkan sebegitu
bukannya semua dia nak beritahu
bende buruk simpan dalam poket baju
yang nampak yang sesuci salju
jangan disinis rezekiku
ingatlah walaupun selalu.
bukan semua bende kita tahu
mata kasar selalu menipu..
jangan nanti tersipu-sipu malu
mengenang diri tak tentu kalu!

Lilypie Second Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers